24 Mei 2012

Sambutan Hari Guru Di Sekolah

24 Mei 2012 (Khamis) - Sambutan hari guru 2012 peringkat sekolah telah diadakan, melibatkan semua guru dan murid.  Pelbagai acara sukaneka diadakan bagi mengeratkan hubungan kemesraan dikalangan guru dan murid.  
 Permainan futsal dengan mengenakan sarung
 Guru besar turut menyertai permainan ini
Permainan jalinan. 

Read more...

18 Mei 2012

Kem Bestari Solat Kem II

17 Mei 2012 (Khamis) - Kem Bestari Solat Kem 2 ini adalah untuk murid tahap 1 dan 2, dianjurkan oleh Panitia Agama Islam (j-Qaf) SK Bandar Tawau II.

Kem bestari solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid-murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, pelakuan, ilmu pengetahuan dan penghayatan.

Sasaran kem ini adalah semua murid beragama islam tahun 1,2,3,4,5 dan 6.

Read more...

3 April 2012

Larian Rentas Desa

31 Mac 2012 (Sabtu) - Satu larian rentas desa untuk murid tahap 2 telah diadakan bertempat di kawasan sekolah dan menyusur keluar kawasan sekolah serta menghabiskan 1 pusingan kawasan airport lama untuk melengkapkan larian ini. Jarak larian ini adalah sejauh 3KM.

Larian rentas desa ini telah dilancarkan oleh Guru Besar SK bandar Tawau II sendiri, En. Abu Bakar Hj. Tahasan. Larian ini bermula seawal pukul 8.oo pagi. Kesemua murid dapat menghabiskan larian rentas desa ini sehingga pukul 8.40 pagi.

Murid yang berjaya menamatkan larian ini dengan sepantas mungkin akan diberikan hadiah berupa piala, iaitu 10 tempat pertama mengikut kategori lelaki dan perempuan.

Aktiviti senaman...
...panaskan badan
Acara pelancaran larian
Larian bermula



Read more...

Kem Kepimpinan

30 Mac 2012 (Jumaat) – Kem kepimpinan ini diadakan khusus untuk murid tahap 2 dan tahun 3 yang terdiri daripada pengawas-pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas serta penolong dan ahli kelab pembimbing rakan sebaya iaitu seramai 211 orang murid yang terlibat. Kem ini diadakan selama 2 hari iaitu bermula pada hari jumaat pada pukul 1.30 petang dan berakhir pada pukul 5.30 petang, kemudian pada hari kedua bermula pada pukul 6.45 pagi dan majlis perasmian penutupan pada pukul 12.30 tengah hari bertempat di kawasan sekolah ini. Kem ini adalah dibawah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Badan Disiplin dan Pengawas serta Pusat Sumber Sekolah.

Matlamat kem ini diadakan adalah bertujuan untuk meningkatan prestasi akademik, disiplin dan sahsiah murid, disamping membentuk serta melahirkan modal insan yang berkarisma, berfikiran kreatif dan bersemangat daya juang yang tinggi.

Dalam kem ini murid akan menimba ilmu dan pengalaman bersama guru pembimbing tetapi mereka belajar membina nilai dan sikap daripada rakan sebaya terutama apabila memasuki ambang remaja. Jesteru itu, melatih pelajar dengan kemahiran memimpin adalah sebagai batu loncatan agar mereka ini dapat mempengaruhi rakan ke arah yang positif. Semoga dengan usaha murni ini akan dapat menyumbang kepada peningkatan tahap disiplin dan prestasi akademik serta sahsiah murid-murid di sekolah ini.


Aktiviti membina menara tertinggi dan terkukuh
Ahli kumpulan berkerjasama
Guru pembimbing memberi idea dan semangat kepada peserta
Aktiviti pembentangan




Read more...

25 November 2010

Cuti Sekolah

20 November 2010 (Sabtu) - Cuti sekolah telah bermula. Pihak sekolah mengucapkan SELAMAT BERCUTI kepada semua guru dan pelajar dan berharapkan masa yang terluang ini diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Bertemu kembali pada 3 Januari 2011.
Read more...

18 November 2010

Anugerah Pelajar Cemerlang

18 November 2010 (Khamis) - Satu majlis telah diadakan iaitu Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang bertempat di Dewan SK Bandar Tawau. Majlis telah disempurnakan oleh pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Tawau. Selain Guru Besar, YDP PIBG juga turut menghadiri majlis ini. Majlis ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Read more...

14 November 2010

Program Menanam Sejuta Pokok

15 November 2010 (Isnin) - Satu program telah diadakan di sekolah iaitu Program Menanam Sejuta Pokok. Semua guru dan murid tahap 2 terlibat sama dalam menjayakan program ini. Tujuan program ini diadakan antara lain adalah untuk mengindahkan kawasan persekitaran sekolah. Program telah disempurnakan oleh guru besar sekolah iaitu En. Abu Bakar Bin Hj. Tahasan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Read more...

UPSR 2010

11 November 2010 (Khamis) - Keputusan UPSR tahun 2010 telah dikeluarkan. Seramai empat (4) orang pelajar daripada SK Bandar Tawau II telah mendapat 5A. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang lain semoga lebih berjaya pada masa akan datang.

Read more...

Kejohanan Semarak Padang & Balapan Part III

Pihak sekolah juga mengucap ribuan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini. Baik yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung. Tidak lupa juga kepada murid-murid yang terlibat dalam kejohanan ini dan ibu bapa yang banyak memberi sokongan dalam menjayakan kejohanan ini. Semoga kita bertemu lagi di kejohanan akan datang.

Read more...

Kejohanan Semarak Padang & Balapan Part II

Tarikh : 17 Oktober 2010 (Ahad)
Acara : Acara balapan (lumba lari), tarik tali & lumba lari (ibu bapa & guru), penyampaian hadiah, pertandingan perbarisan & perasmian penutupan.
Perasmi : YB. Brig. Jeneral Tan Sri Datuk Liew Yun Fah
Tempat : Kompleks Sukan Tawau
Keputusan : Johan pertandingan perbarisan - Rumah Merah
Johan keseluruhan - Rumah Merah

Read more...

19 Oktober 2010

Kejohanan Semarak Padang & Balapan Part I

Tarikh : 14 Oktober 2010 (Khamis)
Acara : Lontar Peluru, Lompat Jauh & Lompat Tinggi
Tempat : Padang yang berhampiran dengan sekolah

Read more...

8 November 2009

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2010

AHAD/18 APRIL 2010:
Kem Kepimpinan Pengawas SK Bandar Tawau II telah dilaksanakan selama 2 hari 1 malam bermula 16 April 2010 sehingga 17 April 2010. Kem ini melibatkan para pengawas sekolah Tahap 2. Aktiviti telah dianjurkan oleh Badan Pengawas Sekolah dengan dibantu oleh guru-guru dan juga guru-guru pelatih dari IPGM, Kampus Tawau.
Read more...

14 Ogos 2009

Bengkel Penyelarasan Sistem Maklumat Murid (SMM)

15 Ogos 2009 (Sabtu) - Bengkel Penyelaras Sistem Maklumat Murid telah dijalankan di Makmal Komputer sekolah di bawah anjuran Unit Pengurusan Hal Ehwal Murid. Bengkel ini bertujuan mengemaskinikan data sistem maklumat murid yang terkini. Fasilitator terdiri daripada Puan Zaitun Omar (Penolong Kanan HEM), Puan Suryati Hj. Muntuk (Penolong Kanan Petang) Encik Mohd. Fauzie Salang (Juruteknik Komputer), Encik Kasim Landosi (Penyelaras Data Murid) dan Encik Suhainie Palillie (Penyelaras Data Murid). Guru-guru menghadiri bengkel ini Puan Aidah Hj. Zaraman (Penyelaras Tahun 6), Puan Nor Hayati Abu Kassim (Penyelaras Tahun 4), Cik Rusnizaira Dollah (Penyelaras Tahun 5), Cik Syazatul Syima Sirol Aflah (Penyelaras Tahun 3), Cik Wan Som Che Wan Omar (Penyelaras Tahun 2), dan Encik Mazwan bin Aminullah (Penyelaras Tahun 1). Bengkel ini telah mencapai sasaran dan objektif yang telah ditetapkan.


Read more...

11 Ogos 2009

GOTONG ROYONG MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH

Pada 9 Ogos 2009 bersamaan dengan Hari Sabtu, satu gotong-royong bertujuan membina tapak binaan landskap (island) telah diadakan dan diketuai oleh Guru Besar En. Abu Bakar Bin Hj. Tahasan. Gotong-royong ini telah dirancang sejak beberapa minggu sebelum ia dimulakan. Acara ini bertambah menarik lagi apabila menerima kunjungan yang tidak disangka-sangka daripada Brig. Jeneral Tan Sri Liew Yun Fah. Beliau telah meluangkan masa lebih kurang setengah jam untuk beramah mesra dengan guru-guru dan murid-murid yang hadir. Tidak lupa juga pihak sekolah ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para penderma yang telah memberi sumbangan dari segi dana dan material. Kerja-kerja menanam pokok dan memasukkan elemen-elemen yang berkaitan akan disambung lagi pada masa akan datang.
video
Read more...

3 Ogos 2009

BENGKEL HEM

video

Bengkel ini adalah anjuran Unit HEM yang diketuai oleh Pn. Zaitun Omar (PK HEM SKBT II) telah berlangsung di Bilik Gerakan SJK(C)Sin Hwa, Tawau. Pengisian bengkel adalah berkenaan dengan aspek-aspek kaunseling, disiplin murid dan penyeliaan RMT oleh guru bertugas.
Read more...

ADMINISTRATOR

Foto Saya
Tawau, Sabah, Malaysia
Assalamualaikum and Hello!